Akibat Gempa bumi Haiti 2010

Wartawan televisyen Haiti, "Haitipal" melaporkan bahawa Istana Presiden Haiti, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerja raya, Kementerian Komunikasi dan budaya, Istana Keadilan, Sekolah Muzik, dan Cathedral Port-au-Prince telah runtuh. Hospital turut dilaporkan telah runtuh. Komunikasi seluruh bandar terjejas.Hospital di Pétionville, pinggiran Port-au-Prince musnah akibat gempa bumi. Bangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu turut rosak teruk.

Gempa bumi melanda kawasan yang teramai penduduknya di Haiti; bilangan mangsa terkorban dianggarkan meningkat dari 45,000 sebaik sahaja berlakunya gempa hingga 200,000 orang enam hari kemudian.[22][23][8] Sehari selepas gempa, Palang Merah Antarabangsa menganggarkan seramai 3 juta roang terjejas oleh gempa bumi.[7] Rayuan untuk bantuan antarabangsa dikeluarkan oleh para pegawai kerajaan Haiti, termasuk Raymond Joseph, duta Haiti ke Amerika Syarikat.[24]

Rujukan

WikiPedia: Gempa bumi Haiti 2010 http://www.theage.com.au/world/haitians-angry-over... http://www.abc.net.au/news/stories/2010/01/17/2794... http://www.ajc.com/news/nation-world/many-casualti... http://www.cbsnews.com/stories/2010/01/13/world/ma... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/top/all/682... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/americas/01/12/h... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/americas/01/13/h... http://edition.cnn.com/2010/WORLD/americas/01/20/h... http://www.latimes.com/news/nationworld/politics/w... http://www.miamiherald.com/news/world/AP/story/142...